Soal Jawab mengenai SSPNI PLUS

Apakah SSPN-i Plus?


SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.




Adakah pelan simpanan yang ditawarkan ini patuh syariah?


Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).




Apakah pakej yang ditawarkan melalui SSPN-i Plus?


SSPN-i Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti jadual: Jadual: Pakej Yang Ditawarkan Dalam SSPN-i Plus




Apakah keistimewaan SSPN-i Plus?


SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:

  • Patuh syariah.
  • Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
  • Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  • Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
  • Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
  • Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN.
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  • Simpanan dijamin kerajaan.




Apakah manfaat takaful yang ditawarkan bagi setiap pakej?


manfaat takaful adalah seperti berikut




Apakah syarat anak dan isteri yang dibenarkan untuk membuat tuntutan khairat kematian?


Isteri:

  • Sah dan diiktiraf
  • 18 tahun sehingga 65 tahun
  • Jika mempunyai lebih dari satu isteri yang mana mati dulu
Anak:
  • 3 orang anak
  • Anak sendiri
  • Anak angkat mesti berdaftar di JPN




Apakah perbezaan SSPN-i Plus dengan SSPN-i sedia ada?





Siapakah yang layak membuka akaun SSPN-i Plus?


Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai umur 64 tahun layak membuka akaun untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun untuk anak atau anak jagaan yang sah (mestilah juga warganegara Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.




Adakah pelanggan perlu membuat pemeriksaan kesihatan ataupun mendapatkan laporan perubatan untuk membuka akaun SSPN-i Plus?


Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun ini. Walau bagaimanapun bagi Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain.




Adakah seseorang itu boleh membuka akaun SSPN-i Plus jika menghidapi sebarang penyakit kritikal?


Boleh tetapi bagi Pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja (tertakluk kepada terma dan syarat).




Adakah jumlah tuntutan manfaat kematian akan berkurangan sekiranya pendeposit telah membuat tuntutan bagi rawatan penyakit kritikal?


Ya, jumlah tuntutan bagi manfaat kematian biasa akan ditolak daripada tuntutan bagi penyakit kritikal. Namun begitu tuntutan bagi manfaat kematian disebabkan kemalangan tidak akan berkurangan walaupun pendeposit telah membuat tuntutan bagi manfaat penyakit kritikal.




Adakah PTPTN akan memberikan apa-apa penentusahan keahlian setelah pembukaan akaun?


Tidak. Pendeposit tidak akan menerima apa-apa penentusahan keahlian daripada PTPTN tetapi pihak pengendali takaful akan menghantar Sijil Takaful (Certificate Schedule) secara pos atau emel kepada pendeposit dalam tempoh 30 hari (sebulan) dari tarikh pembukaaan akaun.




Saya telah mempunyai akaun SSPN-i, adakah saya boleh membuka akaun SSPN-i Plus?


Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun SSPN-i boleh membuka akaun SSPN-i Plus tanpa perlu menutup akaun SSPN-i.




Bolehkah seorang pendeposit membuka lebih dari satu akaun dengan pakej yang sama atau berlainan untuk dirinya sendiri?


Tidak boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja dengan mana-mana pakej. Walau bagaimanapun, seseorang pendeposit boleh membuka banyak akaun untuk penerima manfaat yang berlainan (anak/ anak jagaan yang sah sahaja) bagi pakej yang sama atau berlainan, kecuali untuk pakej Berlian (hanya terhad kepada dua (2) akaun untuk seorang pendeposit atau perlindungan kematian/ ilat kekal (kemalangan) maksimum sebanyak RM2,000,000).




Adakah penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun sama ada pakej yang sama atau pakej yang berlainan?


Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun tetapi pembukaan akaun mestilah dibuat oleh pendeposit yang berbeza sama ada akaun dibuka untuk diri sendiri, dibuka oleh ibu atau dibuka oleh bapa atau dibuka oleh penjaga yang sah. Ini bermakna setiap penerima manfaat hanya boleh mempunyai maksimum dua (2) akaun sahaja.




Adakah simpanan yang dibuat boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?


Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan.




Apakah yang akan terjadi sekiranya pendeposit gagal membuat bayaran komitmen bulanan sehingga tarikh bayaran yang ditetapkan?


Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, maka akaun akan ditutup serta-merta.




Sekiranya penerima manfaat telah mencapai umur 29 tahun, adakah pendeposit boleh meneruskan simpanan?


Tidak boleh. Apabila penerima manfaat telah mencapai had umur yang ditetapkan, akaun akan ditutup secara automatik. Penerima manfaat hendaklah membuka akaun untuk diri sendiri sekiranya ingin meneruskan penabungan




Bagaimana caranya jika pendeposit bercadang untuk bertukar pakej?


Sekiranya pendeposit bercadang menukar pakej yang lain, beliau hendaklah menutup akaun sedia ada terlebih dahulu dan membuka akaun yang baharu.




Sekiranya pendeposit telah menutup akaun, adakah perlu menunggu tempoh tertentu untuk pembukaan akaun baharu?


Tidak. Pendeposit boleh membuka akaun baharu tanpa perlu menunggu tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, penyertaan semula dianggap baharu dan pendeposit akan menerima Sijil Takaful baharu dengan tempoh perlindungan yang baharu.




Jika penerima manfaat meninggal dunia, adakah akaun akan ditutup secara automatik?


Akaun akan ditutup setelah mendapat makluman kematian daripada pendeposit. Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen lengkap untuk tuntutan khairat kematian




SSPN-i Plus dan SSPN-i masing-masing menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 bagi akaun yang dibuka untuk anak/ anak jagaan yang sah. Jika pendeposit mempunyai kedua-dua akaun, adakah pelepasan taksiran cukai pendapatan yang boleh dinikmati adalah sebanyak RM12,000?


Tidak. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi SSPN-i Plus dan SSPN-i hanya diberikan sehingga RM6,000. Walau bagaimanapun bagi akaun SSPN-i Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM6,000, di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP




Jika penerima manfaat meninggal dunia, adakah pendeposit layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih yang dibuat?


Tidak layak. Jika berlaku kematian penerima manfaat, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal.




Apakah penyakit khusus?


  • Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular
  • Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu sistem kencing dan sistem biliary
  • Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
  • Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
  • Endometriosis termasuk penyakit sistem reproduktif
  • Gangguan spina vertebra (termasuk cakera) dan penyakit lutut




Adakah penyakit mental dilindungi takaful?


Tidak dilindungi.




Adakah kematian disebabkan bunuh diri dilindungi takaful?


Tidak. Jawatankuasa Syariah Pengendali Takaful telah memutuskan agar tiada manfaat dibayar atas sebab bunuh diri.




Adakah kematian disebabkan pengambilan dadah atau alkohol atau bahan-bahan terlarang yang berlebihan dilindungi takaful?


tidak.




Adakah perlindungan diberikan kepada anggota beruniform?


Ya, selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak.




Berapa lamakah tempoh yang akan diambil untuk mendapat manfaat takaful yang dituntut?


Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada pengendali takaful.




Siapakah yang boleh membuat tuntutan bagi kematian pendeposit?


Waris boleh membuat tuntutan, walau bagaimanapun manfaat takaful hanya akan dibayar kepada waris yang sah sahaja.




Bagaimanakah kaedah pemulangan simpanan dan bayaran manfaat takaful dilakukan bagi kes kematian pendeposit?


Bagi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh pengendali takaful adalah seperti berikut: Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 - waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas - Pengeluaran wang deposit dari akaun simati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan:

  • Geran Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
  • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
  • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).




Jika berlaku kematian pendeposit dan beliau mempunyai akaun SSPN-i Plus untuk 5 orang anak, adakah waris akan menerima manfaat kematian bagi kelima-lima akaun atau bayaran manfaat hanya diterima sekali sahaja kerana pendeposit yang sama?


Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun. Contohnya, bagi kematian biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima, jumlah keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM100,000. Manfaat tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan




Adakah elaun kemasukan hospital tertakluk dalam negara sahaja?


Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.





Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-2193 3000
Faks: 03-2193 1263
e-Aduan: iCare