Terma & Syarat

  1. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati Pelanggan tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan.

  2. Keputusan pemenang oleh Pihak Penganjur adalah muktamad serta terikat dan menyeluruh, sebarang surat-menyurat, bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.

  3. Setiap pemenang bersetuju membenarkan Pihak Penganjur memaparkan atau menggunakan gambar/ nama pemenang atau hal-hal berkaitan pemenang untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan sebagainya termasuk paparan di portal rasmi PTPTN, media atau suratkhabar tempatan tanpa sebarang pemberitahuan atau kebenaran tambahan pemenang. Pemenang tidak berhak membuat sebarang tuntutan atau pampasan berikutan dari tujuan pengiklanan publisiti di atas.

  4. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut. Pemenang bersetuju melepaskan dan memutuskan bahawa Pihak Penganjur bebas dan tidak terikat terhadap sebarang liabiliti.

  5. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab walau dalam apa jua keadaan terhadap sebarang kegagalan/ kesilapan teknikal, elektronik atau apa jua di luar kuasa Pihak Penganjur dalam pengurusan dan pemprosesan Cabutan ini.

  6. Dengan menyertai Cabutan ini, para peserta/ pelanggan bersetuju mematuhi Syarat Dan Peraturan Cabutan Go Direct Debit SSPN dan keputusan Pihak Penganjur.

  7. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menggantung program Cabutan ini dengan memberikan notis tidak kurang empat belas (14) hari sebelum tarikh pindaan, pembatalan ataupun penggantungan program Cabutan tersebut berkuatkuasa. Kaedah pemakluman adalah sama ada secara bertulis atau melaui media elektronik atau melalui notis yang diletakkan di pejabat cawangan Penganjur dan juga laman web. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang pindaan, pembatalan atau penggantungan program Cabutan oleh pihak Penganjur tidak melayakkan Pelanggan yang menyertai program Cabutan ini untuk sebarang tuntutan ataupun gantirugi terhadap pihak Penganjur ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian akibat langsung atau tidak langsung daripada tindakan pindaan, pembatalan atau penggantungan program Cabutan tersebut.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-2193 3000
Faks: 03-2193 1263
e-Aduan: iCare