Pelepasan Taksiran Cukai SSPN-i

Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN-i:

  1. Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa

  2. Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;

  3. Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan

  4. Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-2193 3000
Faks: 03-2193 1263
e-Aduan: iCare