Pengeluaran
-
Pendeposit hanya boleh membuat pengeluaran selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada didalam akaun simpanan adalah sebanyak RM1,000.
-
Pengeluaran yang tidak memenuhi syarat diatas tidak akan diproses.
PROSES PENGELUARAN DAN PENUTUPAN AKAUN SSPNI PLUS
Penutupan
-
Pendeposit dibenarkan menutup akaun pada bila-bila masa dengan mengemukakan permohonan kepada PTPTN.
-
Pendeposit akan menerima semua simpanan dalam akaun SSPN-i termasuk dividen tahunan dan nilai simpanan pada syarikat takaful (jika ada).