Deposit Simpanan SSPN-i Plus


Pembukaan akaun SSPN-i Plus hanya memerlukan minimum deposit dua bulan mengikut pilihan pakej anda, dan anda diwajibkan Potongan gaji /auto /direct debit bagi potongan bulanan seterusnya.


Sebagai contoh : En Ali ingin memilih pakej Delima untuk buka akaun dan dia hanya perlu deposit RM 100 sahaja serta tetapkan potongan auto/direct debit @ potongan gaji.


Namun jika anda deposit 6 bulan ke atas, anda diberi pilihan sama ada ingin membuat bayaran sendiri atau boleh membuat potongan autodebit/potonga gaji.


Bagi pendapat saya, jika anda berkemampuan anda boleh deposit 12 bulan untuk simpanan anda setiap tahun bagi mengelakkan tunggakan potongan simpanan anda. Ini boleh terjadi sekiranya, ketika potongan auto/direct debit berlaku pada simpanan anda tidak berjaya ditolak atas sebab kekurangan baki atau pertukaran jadual potongan gaji anda pada bulan tertentu.


Ini boleh menyebabkan masalah kepada perlindungan takaful sekiranya anda mempunyai tunggakan melebihi 30 hari.


Jom buka akaun sekarang dan deposit simpanan anda disini.





0 views

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-2193 3000
Faks: 03-2193 1263
e-Aduan: iCare