Kegunaan Simpanan SSPN jika anak tidak dapat melanjutkan pelajaran lebih tinggi

Setiap Ibu Bapa pasti mahukan yang terbaik daripada anak-anak dan begitu sebaliknya. Ada anak mungkin lebih cemerlang dan ada yang mungkin agak ketinggalan dari segi akademik. Namun itu bukanlah pengakhiran, kita sebagai ibubapa harus sentiasa memberi sokongan kepada mereka.


Baru sahaja keputusan SPM 2018 keluar pada bulan lalu, pasti pelbagai perasaan yang timbul sebagai ibu bapa. Jika anak yang berjaya tak mengapalah tunggu sahaja tawaran dan permohonan di IPTA / IPTS. Namun apa kata anda ibu bapa yang anak mempunyai keputusan "cukup cukup makan" atau hasilnya "atas pagar" sahaja.Jangan bimbang disini saya kongsikan kegunaan simpanan tuan puan untuk anak tersebut.



  • AMBIL KURSUS JANGKAMASA PENDEK

Anda boleh mula mencari kursus-kursus pendek yang ditawarkan oleh institusi dari badan kerajaan ataupun swasta. Selalunya, kursus pendek ini diambil dalam tempoh 6- 24 bulan sahaja. Kos yuran tidak terlalu mahal dan sudah tentu anak anda diberikan pengiktirafan Sijil dan mudah untuk mendapatkan kerja lebih awal.



  • MODAL UNTUK PERNIAGAAN

Jangan sangka hanya orang bijak pandai sahaja boleh berniaga, sudah pasti sesiapa boleh memulakan perniagaan sekiranya sudah belajar tentang selok belok perniagaan yang ingin dibuat ataupun mereka sudah pun timba pengalaman dari perkerjaan mereka. Bagi sokongan dan mungkin mereka juga boleh hadiahkan anda pakej ke umrah atau haji, silap hari nanti rumah dan kereta sudah di depan rumah!


  • PEMBELIAN ASET UNTUK PELABURAN

Dengan simpanan yang ada, anda sebagai ibu bapa juga boleh membimbing dan beri sokongan dari segi modal untuk pembelian aset yang boleh dijadikan pelaburan. Sebagai contoh pembelian aset rumah dari nilai paling rendah, RM80,000 dan aset tersebut boleh disewakan dan pada masa akan datang nilai rumah akan meningkat dan boleh lakukan jualan sudah pasti untungnya lebih dan boleh diteruskan dengan pelaburan yang lain.


Simpanan sebenarnya boleh diperluaskan fokusnya bukan sahaja hanya untuk pendidikan.Tugas anda sebagai ibu bapa sentiasa beri sokongan dan bantuan serta bimbingan untuk anak anda. Dari sekarang jika anda tidak membuat simpanan siapa lagi yang akan membantu anak anda di masa akan datang. Setiap Kejayaan tidak datang bergolek, jika tiada usaha dari diri sendiri.


DAFTAR AKAUN SSPNI PLUS DI SINI

0 views

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03-2193 3000
Faks: 03-2193 1263
e-Aduan: iCare