Perlindungan Takaful

Keistimewaan:

  1. Premium dibayar oleh PTPTN.

  2. Perlindungan Ringit ke Ringgit (akaun am) dan maksimum RM100,000.00 (akaun amanah).

  3. Khairat/ pampasan kematian untuk pendeposit (RM2,000.00) dan penerima manfaat (RM500.00).

Syarat-syarat:

  1. Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal menyeluruh (TPD) (RM kepada RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 sehingga sebelum berumur 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
    *Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.

  • Perlindungan:

    • Kematian

      • Amaun Manfaat bersamaan dengan baki akaun (RM kepada RM)

      • Khairat Kematian bersamaan RM2,000.00 (pendeposit)

      • Khairat Kematian bersamaan RM500.00 (penerima manfaat)

    • Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD)

      • Amaun Manfaat bersamaan dengan baki akaun (RM kepada RM) sehingga RM2,500,000.00 maksimum.